ORANG-ORANG BAIK HATI

TOLONG SAYA BANTU SAYA

kawan yang ada di dalam list folowers tu..tolong inform dalah kotak jeritan yek..nak follow balik ke?nak exchange link ke?
bole tambah kenalan..
kawan yang tiada dalam senarai blog list..tolong yekk...bagi kerjasama untuk inform ...PLEASEEE

Wednesday, November 25, 2009

BILA TUAN EMPUNYA BLOG MEMBEBEL-bla bla bla-



selamat hari raya aidil adha pada u olls semua. tahun ni macam biasa kami tak berkorban . dalam hati rasa nak jek berkorban lembu ke kerbau ke. tapi masih tak mampu lagi. tunggula ada rezeki. banyak lagi hajat nak laksanakan tuntutan agama di hati ni. harap-harap akan di kurniakan rezeki dan waktu untuk melaksanakan hajat ye .
aku akan balik ke negori saja. kami bertolak maybe dalam pukul 3 dan smpi dalam 1 jam ke 1 jam setengah. tak jauh mana pun. walau bagaimana pun...ada tak orang mintak maaf di hari raya haji ni. kalau takde aku nak jadi orang pertama..
maaf kan segala salah dan silap ye kawan2. sapa tersentap dengan entry aku ni ..kadang kala marah kat satu orang ni aku tulis merapu2..geram punya pasal..hik hik

NAK MEMBEBEL JAP

cuti sekolah anak kita bercuti, tp tak bermakna aku jua bercuti. banyak benda nak di lakukan. huh..tk baikkan mengeluhkan!!. tk mengeluh cuma biasalah bercerita. pagi-pagi breakfast si kakak ni kena di siapkan. dia kalau tak makn tak boleh, si kakak mmg buruk makan. hehe adik biasa2 jek tu la kurus jek.

dah lama jua aku tinggalkan game di Fb. game masak game ladang game ikan.kucing aku yg obiwan tu mmg kurus habis dan busuk tak mandi.ikan aku sure tinggal bangkai. dan yg penting ladang aku tu sure la dah kering mering sb tak crops.apa saja game la . aku mcm tak mood nak main dah. pada kawan yg send hadiah tu. ala bagi jek la kak orang lain yang memerlukan. aku quit untuk seketika.

dengar kata dan perancangan SIL dan hubby nak bukak lagi satu branch Metro Driving kat sini. bermakna aku terpaksa la jaga opis kalau jadi la kan. bermakna TAG kak nza pasal workstation tu bola la aku penuhi. takpun aku tunjuk je work station aku kat umah ni. dapur ...ruang tamu...yang penting meja pc yg selalu aku melepak bergossip!!tapi ini kalau jadi ..kalau tak jadi aku no hal laa..encik hubby sekarang bukan main rancak mancari peluang. sekarang jadi ejen insurans pulak. pasar? sekarang kami bukak pasar khas untuk menghantar ke syarikat , restoran dan mana sekalipun. bermakna marketing peniaga kena tentukan. kami hanya sediakan tapak dan pandai la cari marketing. nak harapkan orang perseorangan membeli. tak payah harapla..orang kita sekarang lebey suka ke carrefour dan tesco! tu la pasal peniaga bumiputra susah nak hidup. peniaga bumiputera sapa. orang melayu juga kan? kita ni macam merempat kat negeri sendiripun ada. peluang ada tapi support dari orang kita sendiri amatla payah. adapun yang suka menjatuhkan motivasi kita sendiri.

sekarang kenapa yek bloggger ni cam something wrong sikit. update dari kawan tak dapat aku lihat di blog list aku. blog cik tudung merah
, blog ena, blog yannie,blog wanie, yang aku ingat tak update2 tu rupenya byk entry aku tertinggal. bermakna latest update u olls mmg takde kat sini..

nampaknya penyakit berjangkit pc aku ni melarat dekat lappy encik hubby. virus yang suka offkan window tanpa sebab itu telah memusnahkan perancangan hubby nak bertenet..kuikuikui....jahat la manusia yang mencipta virus ni. aku teringat dulu kenapa orang mencipta virus ini. kadang kala oarang yg buat anti virus tu jugak yg buat virus ni. bermakna dia ada penyakit dan buat ubat. mcam profesor KLOn pulak.

sekarang musim sakit juga. umi biasa la sakit sampai kena berkampung di hospital. aku je dah kurang menjenguk. sebab apa? aku terpaksa had kan perjumpaan kerana anak2 aku ni. maklum la kena berhati-hati. takut pulak gelombang kedua H1n1 yang di gembar gemburkan ini. member forum aku pun ada seorang sakit di ICU akibat anemia dan bleeding. aku doakan kau ok belle. begitu juga kawan anak aku mixxy, yang menderita sakit buah pinggang. harap everything ok yek. sabar menempuh dugaan dari nya!

note: panjang aku membebel.....tu belum jumpa depan2 itu...klu depan larat tak u olls layan aku berceramah.ops! nampak tak bawah entry ni ada pic aku yang ada rama berkelip2. hahaha aku dah berjaya menukar cupcake jadi pic aku. ini
semua berkat aku godek2 coding html yummy lolly ni.


yehaaaaaaaaaaaaaaa

Monday, November 23, 2009

2009 Cute Baby / Toddler In Sun Shade Contest

2009 Cute Baby / Toddler In Sun Shade Contest

Hari ini aku jengah blog fiza. fiza yang jarang-jarang join contest tu telah menjoinkan dirinya untuk contest kali ni.. ahaks!
akupun dah lama tak join contest jugak.asyik kalah manjang. tapi alahai normallah tu.
untung sabut timbul untung batu tenggelam. tak gitu?
2009 Cute Baby / Toddler In Sun Shade Contest. Itulah contestnya. telah di anjurkan oleh NUROLL.pada sesiapa yang nak join contest ini, sila lihat syarat yang telah di tetapkan.
JENG JENG di bawah ini adalah peserta yang telah menjoinkan diri dari contest ini. Ala-ala model gitu. Tengah panas terik tapi sempat pose maut.


************************tada*****************************



Name: NURNABILA HADANI BINTI MD RAFFI
Age: 2 YEARS 7 MONTHS and 3 DAYS OLD

D.O.B: 20 APRIL 2007


sapa yang ingin join contest ini..sila terjah bolg nuroll ok..antara syarat2 nya adalah seperti di bawah ini.

This contest is open to all baby or toddler age 1 day till 4 yrs old.

N will divide this contest into 2 category

Category A - Below 2 Yrs old.
Category B - Age 2 till 4 years old.

Only 1 photo and one baby / toddler for each contestants - DONE

Please mention the baby/ toddler name , age and bitrhdate together with your entry - DONE

Those who participate must be a mummyameeer follower and list mummyameer in your bloglist - DONE

Participant also must paste the contest badge and link it to the contest - DONE

Once your entry is done, please leave your comments in myshout box and N will leave a comment inside your entry - DONE

My mum Datin Habibah will choose the winner yer....

The price? Will announce once the finalist shortlisted. :)!!

This contest ends on the 23th November 2009

Sunday, November 22, 2009

PINDAH RUMAH BATU WARNA BIRU DAN PINK

semalam sabtu dalam pukul 10 malam. anak-anak leka tgk tv. encik hubby biasalah jumpa client . so aku yang takde kerja puaslah mengodek tamplate di internet. mmg aku nak menukar rumah papan warna cokelet tu kepada rumah yang agak feminin dan ada ciri2 kepompuanan. so godek terjumpa tamplate ni la.. maklumla aku ni buta IT walaupun dulu ambik programming. tu dulu sekarang otak dah tepu kan. tak di gilap mmg la jadi kelam. tapi yang best aku berjaya membuang header template ni yang ada gambar cupcake. apa jadahnya. aku bukan gheti buat cakepun. (M je lebey)

mmg dalam pukul 3 pagi juga. campur hari ni kununnya nak buat headerla. tp tgkla..senget benget aku tengok. mintak2 wan teddy tu tak la busy gamaknya..hehehe!!bole siapkan header yang aku mintak tu..ekekeke
sebenarnya sayang jugak nak tinggalkan rumah lama. tapi kenangkan header yang seperti speaker besar tu umpama seperti mempunyai volume yang kuat (yelah speaker besar sure bising kan) . lagipun nak tukar header tak pas pas. sbb buta IT !

oh ya ... title blogpun dah bertukar..yeleh..speaker tu kena la dgn title blog -KAU MUZIK DI HATI KU- bila tgk speaker ni ingatla speaker mmg sinonim dengan penyanyi yang perform dekat stage kan (jauh betul merewang aku ni). bayangkan kalau funfair ke ..konsert-konsert ke? sure ada speaker besarkan. tapi aku ucapkan terima kasih pada rumah papan cokelet aku tu. mmg memudahkan kerja aku, takpayah susah-susah sibuk tukar html la., codinglaa. senang je mudah dan mesra pengguna.

sekarang -FROM HERE TO ETERNITY- abadi kekal ..gitula..harap2 kasih sayang, blog yang aku bina ni serta persahabatan kita kawan-kawan blog sampai ke akhir hayat. no more musuh2..takde dengki khianat, umpat mengumpat ..yang penting kita ENJOY.

note: pada seseorang yang masuk blog ni sbb nak tahu life hidup aku..sudah2 laa..aku kalau kasi freepun aku tak mahu dan ambik tahu life hidup ko.
ooooo.......penattt tengkuk..urut best ni



Friday, November 20, 2009

KEKURANG AJARAN YANG MEMANG TIDAK BOLEH DI BIARKAN



note:terpaksa di rahsia kerana bakal mengundang kontroversi..nanti ada plak yang gi sms orang kat sini mengadu. hanya kawan yang rapat, sekepala sekapal yang bole join...
nak baca nak join sekaki dan nak komen bak email...ataupun melalui FB!!

Wednesday, November 18, 2009

POP YEYYE.nadira



cute kann...camera amatla tidak memuaskan..yelah amatur je tu..hehehe


Monday, November 16, 2009

JALAN-JALAN TANPA LAKI..

hari ni kami berjalan. encik hubby tiada mengambil nenek di kampung untuk di bawa ke HKl. umi nak sangat jumpa nenek. katanya untuk kali terakhir. aku plak bawak makcik ibu kepada minah gedik esah. makcik ku ini yang menjaga umi sepanjang dia sakit. balik kampung sehari dua kemudian datang kembali ke KL. kami hang out sesama untuk ilang kesedihan seketika sambil gelak2 hilang duka dan nestapa. carrefour masa ni ramai indon ngan bangla jek..cam kami plak pendatangnye..urm

gemuk vs gemuks..


singgah di rest n go. try kerusi gintell. tak kerja katakan..seronok2



cari uwang betulkan. mana yang tak mampu bole saja bermassage kat sini. cam kami tak mampu.hahahaha
abaikan lenganku yang membesar itew
tetapi balik tadi tetiba aku tgk bibir adik bella membesarla..alegic ke ..alergic apa ek? maybe makan tester keropok rumpai laut tadik.isk..

note:best gak jalan tanpa laki.tanpa makeup seinci.pakai pakai baju duduk umah je.untuk encik hubby.AMPUN!!beli tudung 3 pasang lagi tadi.

Sunday, November 15, 2009

PULANGKAN..PULANGKAN LAHHHHH!!!


dah dekat seminggu encik cpu masuk wad ICU.
tabib cina nilah, ada ke lupa . mentang banyak pesakit sampai ilang ingatan sementara.
walaupun cpu aku tu lama dah huduh, aku suka berkerja dengannya. tahan lasak dan mesra. lappy encik hubby ni pulak , takut aku nak godek-godek. salah godek masuk selsema varvi dalam pertahanan badannya. mintak2 tabib cina tu takla program balik CPU aku tu. kalau tak, habis la memori serta gambar2 dalam tu. ni yang buat nak nangis ni. dah la pic anak termasuk aku yang kuat melaram tu mmg banyak tersimpan. tapi aku rasa naluri aku banyak mengatakan tabib cina tu install balik software baru tu. mula la kata banyak kurap. kudis panau..pas tu mintak la duit lebeyyyyy!!!!!!ala auta jek tu. pesimis tulla puan hada ni.
aku ni mmg konservatifkan. di kala orang berebut berlappy aku lebih selesa guna PC. aku akan berlappy bila lappy tu khas untuk aku saja..
note: ENCIK HUBBY..ADA BERAN?kuikuikui
 

Blog Template by YummyLolly.com

berkat godekan by hadani syahadah